Lagi Khabar Angin Tentang Xiaomi Mi 6

Sebelum ini kami telah mengupas tentang laporan dari laman web Weibo yang mengatakan Xiaomi Mi 6 bakal dilancarkan pada Valentine’s Day iaitu pada 14 Februari namun terpaksa ditangguhkan ke bulan April oleh kerana pertembungan produksi cipset Snapdragon dari Samsung.

Hari ini muncul lagi ura-ura mengatakan Mi 6 bakal memiliki rekaan yang lebih kurang sama dengan Mi Note 2 namun dikatakan mempunyai saiz ukuran yang sedikit kecil berbanding Mi Note 2. Seperti di bawah anda boleh lihat kenyataan seorang 'tipster' dari laman web Weibo yang mendakwa Mi 6 akan kelihatan seperti versi Mi Note 2 yang sedikit kecil.

gsmarena_001

 

Antara spesifikasi lain yang tertiris adalah seperti pilihan storan 128Gb dan 256GB. Tetapi yang pastinya, ianya akan dimuatkan dengan cipset Snapdragon 835. Telefon ini juga bakal dibina dengan skrin lengkung di kedua-dua sisi telefon. Kita dapat lihat juga dibahagian belakang yang mempamerkan dwi-flash LED.