Lagi Kelemahan Dikesan Pada Windows 10

Dalam pada Microsoft mengajak semua pengguna beralih kepada Windows 10, pelbagai isu melanda sistem operasi tersebut.

Kini satu lagi kebimbangan dikesan pada sistem operasi popular itu adalah berkenaan file extension yang disembunyikan.

Menurut laporan daripada BleepingComputer, Microsoft menyembunyikannya secara default dan ia terdedah kepada risiko penggodaman. Contohnya fail dengan nama "wiser.txt" mempunyai extension ".txt" yang mana kandungannya dibuka melalui Windows Notepad.

Tetapi jika file extension itu disembunyikan, ia hanya akan mempaparkan "wiser". Perkara ini dilihat memberi ruang kepada penggodam untuk menjerat pengguna yang tidak peka dengan menghantar perisian hasad yang menyerupai bentuk fail biasa, seperti PDF. BleepingComputer turut menyertakan contoh seperti dibawah.



 

Pengguna menyangka ia hanyalah fail .txt dan bukannya format .exe yang digunakan untuk menjalankan program pada Windows.

Dalam pada itu, pengguna Windows 10 disarankan supaya mengaktifkan file extension ini. Caranya adalah dengan pergi ke Start Menu dan cari Folder Options> View> Hide extensions for known file types> Apply> OK.