Global

Lagi Berita Mengenai Masalah Bateri iPhone 8 Mengembung

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan dua insiden berasingan mengenai bateri iPhone 8 Plus yang dikatakan mengembung secara tiba-tiba ketika sedang dicas. Dua kejadian itu masing-masing berlaku di Jepun dan Taiwan dan Apple sudahpun mengesahkan tentang laporan tersebut.

Terbaru, beberapa kejadian lebih kurang sama turut dilaporkan berlaku di Canada, China, Greece dan Hong Kong, menjadikannya 9 kes setakat ini (laporan tidak rasmi). Rata-rata pemilik yang mengalami masalah itu mengatakan bateri telefon mereka mengembung secara tiba-tiba serta menyebabkan telefon terbuka di bahagian sisi dan skrin paparan sedikit terkeluar.

Chris Ogden, pemilik iPhone 8 Plus berasal dari New York menyatakan beliau baru menggunakan peranti tersebut selama seminggu dan beliau menyedari bateri telefon mengembung sehingga menolak skrin paparan keluar.

Sebelum ini, terdapat kes pemilik mendapati sisi telefon terbuka sebaik telefon di keluarkan dari kotak dan ini bermaksud bateri itu mengembung walaupun belum sempat dicas oleh pengguna terbabit.

Apple masih meneliti laporan-laporan yang diterima dan sama-sama kita nantikan maklum balas rasmi dari mereka.

Sumber: Mashable

Lagi Berita Mengenai Masalah Bateri iPhone 8 Mengembung
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

To Top