Lagi Aplikasi Android Didapati Mengandungi Perisian Hasad "Joker"

Segera buang aplikasi Int App Lock dari peranti Android anda.


Laman penyelidik keselamatan peranti pintar, Pradeo oleh The Pardeo Lab telah mendedahkan penemuan satu lagi aplikasi yang mengandungi perisian hasad yang dikenali sebagai Joker.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Int App Lock.



Aplikasi tersebut yang ditawarkan di Google Play Store sebelum ini berfungsi sebagai pengunci aplikasi dan menyembunyikan foto dan video di dalam peranti Android. Malah aplikasi percuma ini turut menawarkan ciri kustomasi kata kunci bagi membuka peranti Android.

Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut didapati mengandungi perisian hasad Joker yang menyebabkan berlakunya pencerbohan ke atas data penggunanya.

Penyelidik mendedahkan, aplikasi tersebut mengakses data orang hubungan dan informasi peranti lalu menghantar maklumat-maklumat privasi yang diperolehi dari peranti tersebut ke pelayar yang berpangkalan di Turki dan negara haram Israel.

Sususlan daripada penemuan terbaru ini, penyelidik telah memaklumkan pihak Google dan mereka telah pun membuang aplikasi tersebut dari Google Play Store.

Oleh itu, kepada pengguna yang ada memasang aplikasi ini ke dalam peranti Android mereka dinasihatkan supaya membuangnya dengan kadar segera

Joker sebelum ini telah pun dilaporkan ditemui di dalam 24 buah aplikasi Android sebelum ini.

Berkaitan