Guna Android? Ni Ada Lagi 21 Aplikasi Yang Penuh Dengan Perisian Hasad Telah Dibuang Dari Google Play Store


Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Google telah membuang ratusan aplikasi meragukan dari ditawarkan di dalam Play Store.

Kini dilaporkan pula sebanyak 21 lagi aplikasi meragukan telah dibuang dari Google Play Store.

Ia adalah hasil daripada penemuan oleh penyelidik keselamatan siber dari Avast.

Berikut adalah senarai 21 aplikasi meragukan yang telah dibuang dari Play Store baru-baru ini:-



































































Shoot Them
Crush Car
Rolling Scroll
Helicopter Attack - NEW
Assassin Legend - 2020 NEW
Helicopter Shoot
Rugby Pass
Flying Skateboard
Iron it
Shooting Run
Plant Monster
Find Hidden
Find 5 Differences - 2020 NEW
Rotate Shape
Jump Jump
Find the Differences - Puzzle Game
Sway Man
Money Destroyer
Desert Against
Cream Trip - NEW
Props Rescue

Kapsyen: Sumber: Avast


Aplikasi-aplikasi tersebut didapati menyamar sebagai aplikasi permainan. Tetapi kandungan aplikasi-aplikasi itu juga turut dilambakkan dengan Trojan seperti perisian hasad iklan.

"...the apps in question are 21 gaming apps that come packed with hidden adware that is part of the HiddenAds family." Avast.

Penyelidik Avast menerangkan, pembangun aplikasi-aplikasi itu mensasarkan pengguna muda sebagai mangsa mereka kerana golongan ini adalah yang paling banyak memuat turun aplikasi permainan ke dalam peranti pintar mereka.

Menurut Avast, jumlah keseluruhan muat turun dari 21 aplikasi itu adalah berjumlah lebih daripada 7 juta kali muat turun.

Oleh itu Avast mengsyorkan para pengguna peranti Android supaya segera membuang aplikasi-aplikasi tersebut jika ada di dalam peranti mereka.

Avast juga menasihatkan supaya pengguna Android sentiasa berwaspada sebelum memuat turun sesebuah aplikasi ke dalam peranti mereka.

Ia adalah bagi mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penjenayah siber.