Lagenda Siri Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Awal pagi ini, dunia perfileman global telah menerima satu berita sedih apabila lagenda dan pencipta siri komik popular Marvel, Stan Lee disahkan meninggal dunia pada usia 95 tahun. Pemergian beliau adalah dilaporkan berpunca dari masalah kesihatan.

Stan Lee telah membawa satu fenomena dalam dunia komik apabila merevolusikan siri Marvel Superheroes bermula pada tahun 1960-an. Antara watak yang dicipta oleh beliau ialah Spider-Man, Black Panther, Thor dan Iron-Man.

Kapsyen: Kredit: Comic Art Fans


Malah, setiap kali beliau membuat kemunculan singkat di mana-mana filem adiwira Marvel, ia pasti membuatkan penonton di panggung berasa seronok. Namun nampaknya, Avengers 4 adalah merupakan filem terakhir yang (mungkin)menampilkan watak beliau.

Sepanjang hayatnya, Stan Lee telah berjaya merangkul beberapa penganugerahan seperti Jack Kirby Hall of Fame, National Medal of Arts dan Disney Legends.

 

Sumber: The Verge

Berkaitan