Label Bungkusan Xiaomi Mi Mix 2 S Memperlihatkan Kapasiti RAM Yang Besar

Siri Mi Mix sememangnya terkenal dengan rekaan layar paparan luas diserikan lagi dengan bingkai nipis yang menawan. Bakal mengekalkan ciri yang sama pada keluaran seterusnya iaitu Mi Mix 2S, Xiaomi dilihat bakal memberikan prestasi yang lebih untuk model itu.

Hal ini dapat dilihat daripada bocoran imej yang mula tersebar, memaparkan label bungkusan peranti tersebut.



Perincian ditulis dalam karakter Cina itu membayangkan bahawa Mi Mix 2S akan dilengkapi dengan saiz memori besar, RAM 8GB dan ruang simpanan 256GB. Ia turut menyokong ciri Multi Frame Noise Reduction (MFNR), mod potret, dan rakaman gerak perlahan beresolusi 1080p pada kadar 120fps.

Tambahan lain, peranti berkenaan juga dikatakan akan dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 bersama bateri berkapasiti 4400mAh.

Tarikh pelancaran Mi Mix 2s dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hadapan.



Sumber: mydrivers