Ikuti kami di media sosial

Berita

KuroKy Menjadi Pemain Pertama Yang Memainkan Semua Karakter Dota 2 Dalam Perlawanan Profesional

Zacky Venge

Ditulis

pada

Salehi Takhasomi atau lebih dikenali dengan nama KuroKy (Kuro) telah mencipta sejarah peribadi apabila menjadi pemain pertama Dota 2 yang memainkan semua karakter permainan tersebut dalam perlawanan profesional. Dengan pasukannya, Team Liquid telah layak ke Chongqing Major melalui kelayakan Eropah, mereka telah memilih Templar Assasin, karakter terakhir Kuro yang belum dimainkan Kuro ke dalam draf mereka.

Ia merupakan pencapaian yang mengkagumkan kerana Kuro baru berusia 26 tahun dan menjadi pemain pertama yang melakukannya di dalam perlawanan profesional. Warganegara Jerman itu telah memulakan karier eSukan melalui Dota dan meneruskannya ke Dota 2.

Iklan

Sebelum memenangi The International 7 bersama Team Liquid, beliau pernah menganggotai pasukan ternama lain seperti Natus Vincere (Navi), Online Kingdom dan juga mousesports. Pada  asalnya, beliau merupakan pemain di posisi pertama (carry) dan kemudian bertukar ke posisi sokongan sehingga sekarang.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular