Kunci PC Anda Menggunakan "Pendrive"

Kepada anda yang mementingkan keselamatan tambahan, terutamanya ketika anda berjauhan seketika pada PC. Boleh sahaja cuba langkah kesalamatan berikut. Dengan menggunakan kaedah ini, PC yang anda tinggalkan bukan sahaja akan dibekukan tetikus dan papan kekuncinya, malah layarnya juga akan segera digelapkan.

Apa yang anda perlukan hanyalah satu "pendrive" kosong. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

 

Langkah 1

Pertama sekali, muat turun aplikasi Predator dan pasangkan pada PC anda. Klik sahaja pada pautan berikut untuk muat turun.

Predator PC lock


 

Langkah 2

Pasangkan "Pendrive" pada PC, pastikan ianya di Format kan terlebih dahulu sebelum memulakannya.

 

Langkah 3

Masuk ke bahagian "Preference" pada aplikasi Predator dan buat tetapan yang anda inginkan untuk mengunci PC.

Berikut kami sediakan contohnya.



 



 

Langkah 4

Setelah semuanya selesai ditetapkan, maka skroll ke bawah pada bahagian "Flash Drive" dan pilih "Create Key". Tunggu sehingga prosesnya selesai.



 

Langkah 5

"Restart" kembali aplikasi Predator dan anda akan dapati ianya akan berjalan pada menu notifkasi PC anda. Apabila pendrive tersebut dicabut, maka PC anda akan serta merta di"bekukan" dan layarnya akan menjadi gelap.

Apabila "pendrive" tersebut dimasukkan semula akan muncul satu paparan kemasukan kata laluan untuk mengaksesnya kembali.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

 

Berkaitan