Kumpulan Yang Dikaitkan Dengan Kebocoran NSA Mengugut Akan Menjual Rahsia Teknologi Yang Dicuri

Kumpulan yang mengaku terlibat dalam pembocoran alat pengintipan NSA yang digunakan dalam serangan siber WannaCry telah memberitahu mereka dalam rancangan untuk menjual rahsia itu ke pasaran gelap.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Shadow Brokers berkata di dalam kenyataan atas talian, mereka akan menjual perisian itu kepada sesiapa yang mampu untuk membelinya bermula Jun ini.

Di dalam blog kumpulan itu, mereka sedang membina 'ruang pembuangan data' dan ia boleh menjadi alat untuk memecah masuk ke pelayar laman sesawang, rangkaian router, telefon bimbit.

Mereka juga mendakwa boleh mengeksploitasi sistem operasi Windows 10 dan mencuri data dari bank pusat.

Sumber