Kumpulan "Bellas" Dari Pitch Perfect Kembali Untuk Nyanyian Amal

kumpulan "bellas"

Kumpulan Bellas kini kembali dengan nyanyian acapella terbaru mereka! Anna Kendrick, bersama dengan semua ahli dari filem "Pitch Perfect", bergabung untuk menyanyikan lagu dari Beyoncé, bertajuk Love on Top. Hasil daripada nyanyian ini akan disalurkan sepenuhnya kepada badan kebajikan, UNICEF.

Kesemua ahli termasuk Anna Kendrick, Anna Camp, Brittany Snow, Rebel Wilson, dan Hailee Steinfeld kelihatan menggembirakan dalam video baru mereka yang menyanyikan lagu Beyoncé itu. Persembahan mereka dilengkapi dengan pengenalan ikonik dari Elizabeth Banks dan John Michael.

https://twitter.com/RebelWilson/status/1295409525961326592

Ketiga-tiga filem dari francais "Pitch Perfect", yang dilancarkan pada tahun 2012, 2015 dan 2017 telah menjadi hit dan diminati ramai. Pitch Perfect mengisahkan tentang pasukan nyanyian semua wanita, Barden Bellas, yang berjaya dalam pertandingan nyanyian.

Menurut Elizabeth Banks dalam video nyanyian mereka,
"The Bellas are back with a reimagined classic to support UNICEF, who are on the ground in 192 countries doing whatever it takes to protect kids from the coronavirus pandemic. A portion of all proceeds from this song benefit UNICEF, so get online and download it now."

Malah, di kapsyen video itu di YouTube, Universal Pictures juga menyatakan bahawa video ini merupakan usaha mereka dalam membantu keluarga yang dalam kesusahan disebabkan pandemik Covid-19, terutamanya di Lubnan yang ditimpa pelbagai musibah.

Kesemua hasil yang diperoleh dari muat turun dan striman "Love on Top", sememangnya, akan diserahkan ke UNICEF. Kemudian diperuntukkan untuk membantu kanak-kanak di Lubnan (di mana mereka masih pulih dari letupan besar di Beirut), dan sekitar dunia.

Anda boleh saksikan video nyanyian kumpulan Bellas di bawah dan hulurkan bantuan di laman web UNICEF.

https://youtu.be/sE59kPlblPI

Sumber: Billboard & Digital Spy

Baca lagi: YouTube Super Stream – Tayangan Percuma Di YouTube Selama Sebulan Sempena Bulan Merdeka

Berkaitan