Kualiti Zoom Huawei P30 Pro Diuji Pada Perkahwinan Fasha Sandha, Pamer Kualiti Menakjubkan

Seperti yang diketahui, Huawei P30 Pro hadir dengan sokongan zoom yang menakjubkan iaitu sehingga 50x zoom. Namun, ada beberapa pihak yang meragui kualiti yang dimiliki oleh peranti berkenaan.

Akan tetapi, keraguan itu telah dipadam apabila kebolehan pengzooman yang ada P30 Pro ini kini lenyap selepas keupayaannya diuji semasa malam berinai artis terkemuka tanahair, Fasha Sandha baru-baru ini.




Koleksi gambar 1x zoom, 10x zoom dan 50x zoom yang ditangkap itu menunjukkan hasil imej dengan jelas walaupun dari jarak jauh sekaligus menonjolkan kecantikan wajah, pakaian dan rekaan henna yang dikenakan oleh Fasha Sandha.

Beliau telah memuatnaik gambar tersebut di akaun Instagram-nya dan ternyata pengikutnya juga teruja dengan kualiti yang ada pada fungsi zoom peranti ini.


Ig: fashasandha

Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa kualiti zoom yang dimiliki oleh Huawei P30 Pro ini tidak lagi boleh dipersoalkan. Imej nampak sangat terperinci walaupun diambil dengan 50x zoom.

Siri Huawei P30 ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 2 April ini.

Jadi bagi anda yang mahukan imej zoom yang secantik ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk memilikinya apabila ia diperkenalkan nanti.

Untuk mengikuti lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi Huawei Malaysia.

 

Sumber: IG fashasandha   Huawei Malaysia