Jurugambar yang menggunakan Twitter sebagai platform berkongsi hasil kerja mereka mungkin akan gembira mendengarkan berita ini. Bermula semalam, pihak Twitter mengumumkan bahawa gambar JPEG yang dimuat naik akan mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Berita itu diumumkan oleh Nolan O’Brien, jurutera perisian di Twitter. Nolan telah berkongsi sebuah gambar bersama-sama ciapan tersebut untuk menunjukkan contoh gambar JPEG yang dimuat naik melalui Twitter Web. Menurutnya, gambar itu berjaya mengekalkan kualiti JPEG sebanyak 97% berbanding gambar asal.

Namun, terdapat beberapa mengenai kualiti JPEG ini.

IKLAN
  • Gambar JPEG mesti dimuat naik melalui Twitter Web.
  • Gambar previeu, atau thumbnail bukan pada resolusi penuh (sama seperti sebelum ini)
  • Gambar JPEG akan memaparkan resolusi penuh jika gambar diklik (dibesarkan).
  • Data EXIF (metada seperti lokasi atau bila gambar diambil) tidak akan disertakan seperti sebelum ini.

Kategori gambar lain seperti Avatar akan turut menerima penambahbaikan ini pada tahun hadapan. Tambahnya lagi, disebabkan perubahan baharu ini, mana-mana gambar sehingga 16MP (nisbah 1:1) pun mampu mengekalkan kualiti JPEG yang asal.

Setakat ini, kualiti JPEG hanya dikekalkan dalam platform Web sahaja. Untuk platform lain seperti Android serta iOS, mungkin ia akan diberikan ciri sama ada masa akan datang (mungkin).

Ini adalah perubahan kecil yang Twitter lakukan, namun memberi impak kepada pengguna terutamanya jurugambar dan juga penggiat seni digital.

Sumber: Twitter