KTMB Melancarkan KITS, Aplikasi Tiket Baharu Bagi ETS, KTM Intercity Dan KTM Komuter Utara

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melancarkan aplikasi baharu bagi ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter Utara. Aplikasi yang dinamakan sebagai KTMB Integrated Ticketing System atau singkatannya KITS adalah sistem tiket baharu yang diperbaharui daripada versi terdahulunya.

Kini dengan KITS, pengguna bukan sahaja boleh membeli tiket keretapi laju ETS (Electric Train Service), tetapi juga pengguna kini boleh membeli tiket KTM Antarabandar (Intercity) dan KTM Komuter Utara.

Jadi, sekiranya anda kerap menggunakan perkhidmatan KTM, anda bolehlah memuat turun dan memasang aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar iOS menerusi App Store atau Play Store dan AppGalllery untuk telefon pintar Android.

Kapsyen: Antaramuka baharu aplikasi KITS yang lebih mesra pengguna.


Untuk menggunakan KITS, anda perlu mendaftar terlebih dahulu (termasuklah warga emas) melalui aplikasi KITS dengan menggunakan akaun e-mel yang ada (jika belum ada akaun KTMB sebelum ini).

Akaun KTMB itu akan memudahkan akan membuat urusan tempahan dan jual beli tiket secara atas talian di mana KTMB kini turut memperkenalkan ciri e-dompet KTM Wallet.

Kapsyen: Info kedudukan kerusi dalam gerabak juga kini lebih baik.


Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang aplikasi KITS ini, anda bolehlah layari laman rasmi FAQ KITS KTMB.

Atau hubungi pihak KTMB di talian 03 - 2267 1200 untuk pertanyaan lanjut.

Kapsyen: Anggota berpakaian seragam termasuklah anggota PDRM, ahli Bomba, Angkatan Tentera Malaysia dan bekas tentera layak menikmati diskaun tambang sebanyak 25% bagi tiket ETS dan KTM Intercity.


 

 

 

 

Berkaitan