KTM Lancar Aplikasi MyRailTime, Mudahkan Pengguna Semak Jadual Perjalanan Tren

Bergerak seiiring dengan zaman teknologi mudah alih, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini telah melancarkan aplikasi MyRailTime.

MyRailTime merupakan sebuah aplikasi yang memaparkan jadual perjalanan keretapi mengikut masa sebenar seperti jangkamasa tiba tren ke stesen yang dikehendaki.



Aplikasi ini merangkumi perkhidmatan KTM Komuter, KTM Komuter Northern, Skypark Link, ETS dan Intercity.

MyRailTime sedia dimuat turun dari Google Play Store dan App Store. Bagi anda yang kerap menggunakan perkhidmatan ini bolehlah memasang MyRailTime pada telefon pintar masing-masing kerana ia dapat memudahkan pengguna merancang perjalanan dan mengelakkan kelewatan.