Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTM Business Class Akan Mula Beroperasi Pada 11 Oktober 2019

KTM Business Class Akan Mula Beroperasi Pada 11 Oktober 2019

Diterbitkan September 29, 2019 · Dikemas kini September 29, 2019 oleh ariff bukhari

KTM menawarkan harga promosi bermula dari 11 Oktober hingga 30 November 2019.

Berita baik kepada peminat pengangkutan awam keretapi ETS. Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) telah menguar-uarkan mereka bakal memperkenalkan perkhidmatan koc terbaru ‘Business Class’ (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbaharunya ETS2, pada bulan hadapan.

Koc eksklusif itu adalah satu daripada enam gerabak ETS2 yang direka khas sebagai pilihan kepada para penumpang KTM yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren awam itu.

Apa yang membezakan koc eksklusif itu berbanding koc yang lain adalah para penumpangnya akan dapat menikmati kemudahan yang tiada pada koc-koc lain seperti tempat duduk yang lebih luas dan selesa berbanding koc biasa, perkhidmatan pramugara dan pramugari khas hanya bagi koc tersebut serta kemudahan khas lain termasuklah kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD), sambungan USB dan juga capaian internet percuma menerusi Wi-Fi.

business_class_promo copy

Koc Business Class KTM ini akan mula ditawarkan kepada semua penumpang KTM pada harga promosi bermula dari 11 Oktober sehingga 30 November 2019. Harga tiket promosi untuk penumpang dewasa bagi koc ini adalah berharga RM50 bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak.

Manakala bagi perjalanan KL Sentral ke Padang Besar, Perlis pula ia berharga RM112 sehala.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY