KTM Berhad Akan Hentikan Penggunaan Token Untuk Komuter, Pengguna Memerlukan Kad Komuter Link Dan Touch N' Go

Pembayaran tanpa tunai semakin rancak diperkenalkan didalam negara. Memudahkan urusan tanpa perlu melakukan transaksi tunai, terbaru KTM Berhad telah mengumumkan perkara itu dilaman sosial mereka.



Berdasarkan pengumuman, KTM Berhad menyatakan penggunaan tiket berasaskan token akan dihentikan tidak lama lagi.

Lanjutan daripada itu, pengguna komuter memerlukan kad Komuter Link dan Touch N' Go untuk membolehkan mereka menggunakan pengangkutan awam tersebut.





Perubahan ini dilihat menyulitkan urusan pengguna yang jarang menaiki komuter kerana mereka mungkin tidak mempunyai kedua-dua kad terbabit.

KTM Berhad juga tidak menyatakan tarikh sebenar penamatan token itu dan sama-sama kita nantikannya.

Sumber: KTM Berhad