Ikuti kami di media sosial

Berita

KPWKM Wujudkan Talian Khas Kaunseling Covid-19 Untuk Beri Sokongan Psikologi

Amalina Athman

Ditulis

pada

Talian Khas Kaunseling Covid 19

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini telah mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19. Ia bertujuan untuk memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketika ini telah dilanjutkan sehingga 14 April.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun menyatakan perkhidmatan tele-kaunseling ini diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 dan WhatsApp Talian Kasih 019-2615999. Talian ini dibuka kepada mangsa COVID-19, waris mangsa, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan PKP.

Iklan

Menurutnya lagi, perkhidmatan ini melibatkan seramai 528 kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

Bagi pemanggil yang memerlukan perkhidmatan tersebut, ia akan dipanjangkan kepada pegawai kaunselor yang berdekatan untuk membincangkan masalah yang dihadapi. Ia bertujuan  untuk memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap stabil.

Dengan perkhidmatan ini juga, ia mungkin dapat membantu semua lapisan masyarakat bagi mengelakkan lain-lain masalah sosial seperti penderaan dan keganasan rumah tangga yang berlanjutan sehingga meningkatkan risiko keselamatan.

Perkhidmatan tele-kaunseling ini beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular