Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KPT Lancar Pakej Pelan Data Dan Peranti Buat Pelajar IPT Baharu Sesi 2020/2021

KPT Lancar Pakej Pelan Data Dan Peranti Buat Pelajar IPT Baharu Sesi 2020/2021

Diterbitkan November 4, 2020 oleh Amsyar Latif

Selari dengan keperluan pelajar yang menjalani kelas dalam talian hingga kini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melancarkan Pakej Pelan Data dan Peranti buat pelajar IPT baharu bagi sesi 2020/2021.

KPT Lancar Pakej Pelan Data Dan Peranti Buat Pelajar IPT Baharu Sesi 2020/2021

Inisiatif ini melibatkan bantuan tunai sebanyak RM50 kepada 76,153 orang pelajar baharu sesi 2020/2021 dan bantuan pelan data yang melibatkan 320,396 pelajar dari golongan B40.

Ia juga dijayakan dengan kerjasama daripada syarikat seperti Celcom, Digi, Telekom Malaysia, Maxis, Acer dan Samsung.

Pelan Data

kpt maxis
kpt celcom
kpt digi

Pelan data buat pelajar ini melibatkan syarikat telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom dan Telekom Malaysia. Pelajar boleh dapatkan pelan internet 35GB serendah RM28.

kpt tm 1
kpt tm

Para pelajar boleh hubungi pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Awam (UA) masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut.

Peranti

kpt acer
kpt acer 1
kpt acer 2

Bagi peranti pula, pelajar boleh miliki komputer riba pada harga serendah RM1,389. Antara jenama yang terlibat adalah Samsung, Acer dan juga Apple.

kpt samsung
kpt apple

Untuk lebih lanjut, pelajar boleh terus hubungi pihak Hal Ehwal Pelajar UA masing-masing.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY