Kotak Bungkusan Ryzen Threadripper Generasi Ke-2 Lebih Agresif Dan Besar

Cip Ryzen Threadripper generasi ke-2 dijangka akan membuat kemunculan pada bila-bila masa sahaja dalam bulan ogos ini. Kini, kotak pembungkusan yang bakal menjadi rumah sementara cip tersebut sudah tertiris dan rekaanya berbeza sedikit dari kotak generasi pertama.

Kapsyen: Imej oleh VideoCardz


Kotak kali ini nampak lebih besar berbanding sebelum ini (mungkin menggambarkan sesuatu lebih besar dari gen 1?). Terdapat juga video unboxing cip Ryzen Threadripper terbaru tersebut namun video tersebut telah diturunkan. Berikut merupakan screenshot mengenai video tersebut:













Cip AMD Threadripper generasi ke-2 akan menggunakan kiraan teras sehingga 32 teras / 64 bebenang, satu nilai jauh meninggalkan pesaing mereka, Intel menerusi Intel® Core™ i9-7980XE yang menggunakan kiraan teras 18 / 36 bebenang.

Sumber: PCGamer, TechPowerup