Kotak Bungkusan Redmi Note 10 Dedahkan Spesifikasi Utama

Xiaomi baru-baru ini telah pun mengesahkan siri Redmi Note 10 akan dilancarkan secara global pada 4 Mac 2021 di India. Menjelang pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, kotak bungkusan Redmi Note 10 kini dilaporkan telah tertiris.

Melalui imej yang dimuat naik oleh Abhishek Yadav, ia memperlihatkan beberapa spesifikasi termasuk jenis paparan dan sensor kamera utama. Peranti ini akan dilengkapi panel AMOLED dengan resolusi FullHD+.

Redmi Note 10 AMOLED

Sementara itu, di bahagian belakang pula menempatkan tetapan kuad kamera dengan 48MP utama.

https://twitter.com/yabhishekhd/status/1364051326850711560

Selain versi asas Redmi Note 10, siri ini turut dilaporkan bakal hadir dengan dua lagi model iaitu Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 Pro Max. Bagaimanapun, tidak diketahui jika benar siri ini bakal menampilkan tiga model atau hanya mempunyai dua model tanpa kehadiran versi "Pro Max".

Sehingga itu, semua persoalan ini akan terjawab pada pelancaran yang akan berlangsung 4 Mac 2021.

Sumber: GSMArena