Kos Perceraian Bill Gate Dan Melinda Menjadi Yang Termahal Di Dunia

Media barat kini hangat memperkatakan tentang perceraian antara Bill Gate dan Isterinya Melinda.

Ia menjadi berita yang mendukacitakan selepas 27 tahun mereka berkahwin.

Bill Gate yang kini berusia 65 tahun membangunkan gergasi teknologi dunia Microsoft pada tahun 1975 dahulu. Kini beliau merupakan manusia keempat terkaya di dunia dengan nilai kekayaan yang dianggarkan lebih daripada USD146 bilion, menurut Forbes.

Sepanjang perkahwinannya dengan Melinda, mereka dianugerahkan seramai 3 orang anak iaitu Jennifer, 25, Rory, 21 dan Phoebe, 18.

Perceraian antara Bill Gate dan Melinda ini sekaligus akan merekodkan kos perceraian termahal di dunia di mana bekas isterinya itu dianggarkan bakal menerima sebanyak USD127 bilion.

Untuk rekod, kos perceraian antara Jeff Bezos dan MacKenzie Bezos pada 2019 dahulu dianggarkan berjumlah USD38 bilion. Sekaligus menjadikan bekas isteri pembangun Amazon.com itu sebagai wanita ketiga terkaya di dunia.

Sumber: NZ Herald, BBC

Berkaitan