Untuk jawapan tersebut, Tech Insights baru-baru ini membuat analisis harga yang Samsung keluarkan untuk menghasilkan satu unit Galaxy S20 Ultra nombor model SM-G988N adalah sekitar RM2,204.
Sudah semestinya kos itu merupakan harga perkakas dan tidak termasuk kos lain seperti pemasaran dan penyelidikan. Namun menurut mereka, walaupun jika kos-kos lain ditambah, Samsung masih lagi mengaut keuntungan yang banyak.
Sehubungan dengan itu, ini merupakan pecahan harga melalui analisis Tech Insights.
Melihat kepada pecahan itu, boleh dilihat perkakas kamera merupakan komponen yang termahal iaitu sekitar 20.34% dari kos keseluruhan peranti. Pada S20 Ultra, Samsung menggunakan sensor kamera yang besar jadi adalah masuk akal jika ia agak mahal.
Seperkara menarik lagi, menurut Max Weinbach, kos penghasilan Galaxy S20 Ultra ini adalah sekitar RM158.54 lebih mahal berbanding iPhone 11 Pro.
https://twitter.com/MaxWinebach/status/1235988264751730688
Walau apapun, ini hanyalah cuma anggaran kos oleh pakar analisis. Harga kos sebenar mungkin berbeza dan mungkin juga perlu mengambil kira harga borong dan sebenarnya. Ada pembaca yang membeli Galaxy S20 Ultra? Adakah anda berpuas hati dengan setiap ringgit yang dikeluarkan?
Sumber: Tech Insights
Berkaitan
- Reuters: Pelancaran Awal Samsung Galaxy S21 Bertujuan Untuk Mengaut Pasaran Telefon Pintar Huawei
- Ini Senarai Harga Rasmi Siri Samsung Galaxy S21 Untuk Pasaran Malaysia - Bermula Dari RM3,699
- Samsung Lancar TV QLED 8K Dengan Bezel Yang Sangat Nipis
- Ini Merupakan Saiz MB Setiap Minit Rakaman Video 8K Samsung Galaxy S20
- Lebih Banyak Peranti Boleh-Lipat Samsung Dengan Harga Lebih Rendah Pada Tahun 2021
- Samsung Galaxy Watch3 Boleh Dipra-Tempah Bermula Harga RM1,699
- Samsung Umum Sensor 50MP ISOCELL GN1 - Auto Fokus Lebih Pantas Dan Low Light Lebih Baik
- Samsung Harus Selesaikan Isu Bonggol Kamera Jika Mahu Muatkan Sensor 600MP
- Tampuk Kepimpinan Samsung Dipersoalkan, Naib Pengerusi Kembali Semula Ke Penjara
- Samsung Umum Exynos 850 - Sebuah Cip 8nm Untuk Peranti Bajet