Kos Pembikinan iPhone XS Max 2 Kali Lebih Murah Berbanding Harga Jualan

iPhone XS dan XS Max masih lagi dalam proses untuk didagangkan di lebih banyak negara di dunia hari ini. Namun, disebabkan harganya yang agak mahal, ia telah menarik minat ramai pakar industri untuk mengetahui tentang faktor yang menyebabkan harga jualannya sebegitu tinggi.

Kredit : TechInsights


Penganalisis industri, TechInsights turut menjalankan kajian terhadap kos penghasilan peranti premium Apple berkenaan. Mereka telah menerokai binaan Apple XS Max 256GB dan hasil kajian mereka adalah agak mengejutkan.

Selepas membuka binaan iPhone berkenaan, mereka dapati kos keseluruhan binaan peranti tersebut hanyalah pada $443(~RM 1,833) dan dijual pada harga $1,249(~RM 5,173). Ini bermakna, iPhone memperolehi untung sekitar 64.5% untuk setiap unit yang terjual bagi model berkenaan.

Kos bagi mendapatkan dan menghasilkan skrin OLED dan dan cip A12 adalah yang tertinggi, di mana masing-masing bernilai $80.50(~RM 333) dan $72(~RM298).

Kredit : TechInsights


Namun, mereka juga telah melakukan penjimatan selepas membawa keluar beberapa komponen berkaitan 3D Touch pada panel paparan iPhone XS Max. Menerusinya, Apple berjaya jimat $10(~RM41).

Walaupun kos pembikinan ini masih tidak termasuk kos-kos lain seperti tenaga kerja, kajian dan pemasaran, nilai untung yang diambil dikatakan agak keterlaluan oleh kebanyakan pemerhati.

 

Sumber