Konsert HaVOOC – OPPO Malaysia Raikan Ketibaan OPPO F9 Bersama TV3

OPPO, syarikat telekomunikasi terkemuka dari China baru sahaja memperkenalkan peranti terbaru mereka, Oppo F9 di Malaysia minggu lepas. Bagi menyambut kehadiran peranti penuh elegan itu ke Kuala Lumpur, Oppo telah bekerjasama dengan TV3 bagi mengadakan Konsert HaVOOC pada 26 Ogos ini.



Konsert itu akan disertai oleh beberapa artis terkemuka tempatan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama, VOOC Team akan disertai oleh Ayda Jebat, Achey Bocey, Aiman Tino dan Nabila Razali manakala kumpulan Color Team pula akan diwarnai oleh Khai Bahar, Mark Adam, Ernie Zakaria dan Kaka Azraf.

Tambahan lagi, pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson turut akan membuat penampilan istimewa pada konsert berkenaan. Bagi menceriakan suasana, OPPO telah memilih Issey dan Elfira Loy untuk menjadi pengacara dalam acara gilang gemilang itu nanti.



Kedua-dua kumpulan akan bersaing sesama mereka bagi membuktikan keunggulan masing-masing. Selain itu, empat peranti Oppo F9 bersedia untuk dimenangi oleh empat pengundi bertuah yang mengundi untuk kumpulan kegemaran mereka bagi konsert itu nanti.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai undian ini, anda hanya perlu membuat kiriman swafoto di akaun Instagram anda dengan tanda jari berbentuk V atau ‘peace’dengan tanda pagar #MYVOOCteam (bagi mengundi VOOC Team) manakala tanda jari berbentuk ‘hati’ #MYColorteam(bagi mengundi Color Team).



Seperti biasa, pastikan profil Instagram anda ditetapkan kepada public atau terbuka bagi membolehkan penilaian dibuat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari konsert diadakan, 26 Ogos serta pemenang akan diumumkan melalui Facebook rasmi Oppo Malaysia kelak.

Sebagai peringatan, Oppo F9 hadir dengan reka bentuk takuk kecil seakan titisan air yang digelar #waterdropscreen serta warna cerun yang menarik berinspirasikan lopak bunga. Peranti ini akan disokong dengan pengecasan pantas VOOC Flash Charge yang mampu memberikan 2 jam masa berbual dengan cuma 5 minit pengecasan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Konsert HaVOOC ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi konsert berkenaan di sini.