Pereka Hungary, Gabor Balogh memberitahu AppleInsider yang peranti itu akan memaparkan paparan lutsinar dengan apa yang ada di belakang peranti apabila diangkat menggunakan fungsi kamera belakang. Dengan menekan 'Home button' maya, kamera akan memfokuskan pada latar belakang kamera dan mengaktifkan fungsi Siri bagi memberitahu maklumat tentang latar belakang tersebut.
Dengan kata ringkas, Siri boleh mengenal pasti 'landmarks' dan butiran terkini dan 'widgets' akan muncul pada skrin untuk memberi pilihan lain.
Menekan butang 'Map' akan mengaktifkan navigasi menggunakan jalan kaki atau transit awam. Balogh juga mencadangkan kamera boleh dihalakan kepada ahli keluarga dan maklumat kesihatan mereka disimpan di iCloud tetapi dengan isu keselamatan memungkinkan fungsi tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan.
Konsep ini juga memperlihatkan sokongan realiti untuk applikasi 'third-party' seperti Facebook mencadangkan agar ia dapat digunakan untuk melihat satu acara dari sudut yang berbeza.
Rekaan Balogh ini berdasarkan khabar angin yang menyelubungi iPhone 8 yang dijangka akan mengunakan skrin OLED yang berteknologi tinggi, menggantikan butang fizikal 'Home' dengan versi virtual.
Apple diketahui sedang melabur dalam teknologi 'machine language', 'facial recognition' dan 'augmented reality'. Ceo Apple, Tim Cook telah mengakui minat syarikat itu dalam AR dalam beberapa temubual.
Apple bakal mengeluarkan siri iPhone 8 mereka pada September ini, tempoh biasa mereka mengeluarkan peranti baru kepada pasaran dan memandangkan tahun ini merupakan ulangtahun mereka yang kesepuluh, peranti terbaru ini mungkin akan dijual pada harga melebih $1,000 melihatkan teknologi yang digunakan.
Sumber
Berkaitan
- Free Fire Berkolaborasi Bersama Pasukan Formula 1 McLaren Racing
- Permainan Ini Akan Mencapai 100 Juta Pemain: Pembangun PUBG
- Kajian Mengatakan Pengguna AirPods Berpuas Hati Dengan Pembelian Mereka
- Cepat Sambar 10 Barang Elektronik Ni Di Shopee, Diskaun Hari Ni Je
- CEO Apple Tim Cook Merasakan Sosial Media Sedang Dimanipulasi Dan Memecah Belahkan Kita
- Ini Mungkin Rupa realme Pad, Tablet Pertama Keluaran realme
- Ransomware WannaCry Mungkin Berkait Dengan Korea Utara
- Ulang Tahun Ke-20 Untuk Pokemon Yellow
- Sistem Nyahkunci Peranti OnePlus 6 Boleh Dibuka Dengan Salinan Muka
- Elon Musk Menayangkan Gambar Konsep Pengkalan SpaceX Di Bulan Dan Marikh