Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Konsep Yang Membayangkan “iPhone 8” dengan Siri Bercirikan Augmented Reality

Konsep Yang Membayangkan “iPhone 8” dengan Siri Bercirikan Augmented Reality

Diterbitkan Mac 14, 2017 ยท Dikemas kini Mac 15, 2017 oleh Wiser MY

Beberapa konsep baru ‘renders’ untuk Apple “iPhone 8” membayangkan peranti tersebut mengguna pakai teknologi augmented reality dan membolehkan siri dan ‘widgets’ lain untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

a

Pereka Hungary, Gabor Balogh memberitahu AppleInsider yang peranti itu akan memaparkan paparan lutsinar dengan apa yang ada di belakang peranti apabila diangkat menggunakan fungsi kamera belakang. Dengan menekan ‘Home button’ maya, kamera akan memfokuskan pada latar belakang kamera dan mengaktifkan fungsi Siri bagi memberitahu maklumat tentang latar belakang tersebut.

Dengan kata ringkas, Siri boleh mengenal pasti ‘landmarks’ dan butiran terkini dan ‘widgets’ akan muncul pada skrin untuk memberi pilihan lain.

b

Menekan butang ‘Map’ akan mengaktifkan navigasi menggunakan jalan kaki atau transit awam. Balogh juga mencadangkan kamera boleh dihalakan kepada ahli keluarga dan maklumat kesihatan mereka disimpan di iCloud tetapi dengan isu keselamatan memungkinkan fungsi tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan.

c

Konsep ini juga memperlihatkan sokongan realiti untuk applikasi ‘third-party’ seperti Facebook mencadangkan agar ia dapat digunakan untuk melihat satu acara dari sudut yang berbeza.

d

Rekaan Balogh ini berdasarkan khabar angin yang menyelubungi iPhone 8 yang dijangka akan mengunakan skrin OLED yang berteknologi tinggi, menggantikan butang fizikal ‘Home’ dengan versi virtual.

Apple diketahui sedang melabur dalam teknologi ‘machine language’, ‘facial recognition’ dan ‘augmented reality’. Ceo Apple, Tim Cook telah mengakui minat syarikat itu dalam AR dalam beberapa temubual.

Apple bakal mengeluarkan siri iPhone 8 mereka pada September ini, tempoh biasa mereka mengeluarkan peranti baru kepada pasaran dan memandangkan tahun ini merupakan ulangtahun mereka yang kesepuluh, peranti terbaru ini mungkin akan dijual pada harga melebih $1,000 melihatkan teknologi yang digunakan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY