Konsep Perjalanan Bandar Ke Bandar Menggunakan Roket Dari Elon Musk

CEO SpaceX, Elon Musk telah mendedahkan pelan untuk pengembaraan dari Bumi ke Planet Marikh di persidangan industri angkasa lepas. Dalam masa yang sama, dia juga memperkenalkan satu konsep yang sama menggunakan roket untuk perjalanan di atas bumi.

Dia membuat demonstrasi ideanya dimana penumpang roket boleh mengambil kebanyakkan perjalanan jauh dalam hanya 30 minit dengan membayar harga tiket seperti tiket kapal terbang kelas ekonomi.

https://youtu.be/zqE-ultsWt0

Konsep perjalanan seperti ini merupakan kaedah paling pantas yang pernah dicipta oleh umat manusia dengan kelajuan maksimum roket boleh mencecah sehingga 30 000 km/j. Musk optimis yang dia akan memulakan pembinaan roketnya dalam masa 6 hingga 9 bulan dari sekarang.

 

 

Berkaitan