Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Konsep Kamera IFEA vivo Menangi Red Dot Award – Kamera Dengan Rekaan Modular

Konsep Kamera IFEA vivo Menangi Red Dot Award – Kamera Dengan Rekaan Modular

Diterbitkan Oktober 31, 2020 oleh Amsyar Latif

vivo sentiasa berani dalam memperkenalkan idea-idea baharu buat peranti pintar mereka. Baru-baru ini, syarikat dari China itu telah memenangi anugerah dalam Germany’s Red Dot Award.

vivo red dot award

Anugerah ini boleh dikatakan sebagai Oscar dalam dunia reka bentuk dan vivo tampil dengan rekaan kamera modular dimana kamera swafotonya boleh dicabut serta masih dapat dikawal menggunakan peranti.

Konsep Kamera IFEA vivo Menangi Red Dot Award – Kamera Dengan Rekaan Modular

Kamera ini diberi nama IFEA (Interest, Free, Explore, Amazing). Ia adalah modul kamera yang boleh ditukar dan menawarkan pelbagai mod penggambaran buat pengguna.

vivo ifea

Konsep kamera ini mampu memberikan pelbagai jenis gambar yang diinginkan pengguna seperti lensa fisheye, super sudut lebar, telephoto, potret serta makro.

Menariknya, pengguna boleh menggunakan kamera ini secara berasingan serta dapat dikawal dengan arahan suara. Peranti pintar juga akan berikan amaran sekiranya ia mengesan modul kamera ini tertinggal.

vivo ifea_1

Walaupun vivo IFEA ini masih merupakan konsep, namun ia boleh dikatakan sebagai satu inovasi yang baik daripada vivo.

Tambahan, vivo menyatakan bahawa mereka masih menilai potensi penggunaan teknologi ini dalam pasaran komersial dan kelihatan konsep ini mungkin akan menjadi realiti kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY