Kongsi WiFi iPhone Tanpa Mendedahkan Kata Laluannya

Perkara ini sudah biasa kepada pengguna Android, namun kepada pengguna iPhone dengan iOS 11 dan terkini ianya mungkin jarang diketahui.

Berikut kami kongsikan cara untuk anda kongsikan sambungan WiFi menggunakan peranti Apple tanpa memerlukan kata laluan. Caranya sangat mudah , ikuti sahaja langah-langkah berikut

Langkah 1

Dekatkan peranti iPhone anda dengan mana-mana peranti Apple yang lain seperti iPhone, iMac dan sebagainya. Pastikan peranti tersebut mempunyai nombor telefon anda dalam simpanannya. Seterusnya pilih sambungan WiFi yang ingin disambungkan. Maka paparan berikut akan muncul pada peranti - peranti tersebut.



 

Langkah 2

Klik pada tombol Share Password dan secara otomatik peranti tersebut akan disambungkan kepada WiFi dan kata laluannya terus disimpan.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semga bermanfaat.