Kongsi Fail Daripada Dua PC Menggunakan Kabel Ethernet

Kepada anda yang ingin berkongsi fail daripada komputer ke komputer yang lain tanpa menggunakan storan mudah alih ataupun sambungan internet, berikut kami kongsikan alternatif yang boleh anda cuba. Apa yang perlu anda sediakan ialah kabel Ethernet.



Pertama sekali sambungkan kedua - dua komputer tersebut menggunakan kabel Ethenet.



Seterusnya masuk ke menu Control Panel kemudian pilih Network and Internet.

Klik pada menu Network and sharing center seterusnya pilih Change advanced sharing setting.

Pada paparan berikut aktifkan menuĀ Turn on file and printer sharing



dan klik pada tombol Save changes.

Untuk memulakan perkongsian pilih Folder yang ingin dikongsi kemudian klik pada tab share > Spesific people

Pada paparan berikut pilih menu Everyone dan akhir sekali klik pada tombol share, selesai.



Dengan itu, folder tersebut akan dapat diakses melalui PC yang disambung tersebut.

Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan