Konami Perkenalkan Desktop PC Pertama Mereka - Arespear

Konami, syarikat di sebalik siri permainan Metal Gear dan Silent Hill, kini telah memasuki arena PC gaming. Mereka telah memperkenalkan 3 desktop PC di bawah siri Arespear.

Apa yang menarik mengenainya adalah rekaannya yang agak unik yang mempunyai lubang gril pada hadapan PC. Model yang paling murah adalah ArespearĀ C300, yang dijana cip Intel i5-9400F, GTX 1650, 8GB RAM dan juga 512GB SSD.

Model lebih berkuasa adalah Arespear C700. Ia mempunyai cip Intel i7-9700 lengkap dengan penyejukan air, RTX 2070 Super, 16GB RAM, 512GB M.2 PCIe SSD, dan juga HDD 1TB.

Untuk model yang paling mahal, Arespear C700+ dilengkapi dengan spesifikasi sama seperti C700 namun ditambah dengan kerangka lutsinar serta pencahayaan RGB.

Mengenai harga jualan, Konami menjual desktop PC Arespear ini bermula berharga 184,000 Yen (~RM7477).

Sumber: PC Watch