Konami Keluarkan PES 2019 Lite Untuk Peminat PES Cuba Dengan Beberapa Mod Permainan

Konami telah mengumumkan permainan bola sepak mereka, Pro Evolution Soccer (PES) 2019 LITE kini sudah boleh didapati di platfom Steam untuk dimuat turun secara percuma. PES 2019 LITE ini menawarkan beberapa mod permainan antaranya adalah:

  • Online myClub

  • PES League Mode

  • Offline Exhibition Match

  • Training Mode


Pengguna boleh terlibat dalam perlawanan atas talian yang melibatkan pemain lain di seluruh dunia seperti CO-OP (3v3) ONLINE Championship atau PES LEAGUE myClub 1v1.

https://youtu.be/DB3GjVWmKc8

Pengguna boleh ke laman Steam untuk mendapatkan PES 2019 LITE sekarang. Permainan ini boleh didapati untuk platfom PC, PS4 dan juga Xbox.