Komputer Riba Ringan HUAWEI, MateBook D 16 Akan Mula Dijual Minggu Depan

Ringan dan berkuasa, itu perkataan digunakan HUAWEI itu komputer riba MateBook D 16 mereka yang akan mula dijual 27 Julai 2022. Ia tersedia ekslusif melalui laman web Huawei.

Komputer riba ini dijana cip Intel generasi ke-12 dengan dua pilihan cip iaitu Core i5 dan i7.

Storan RAM di dalamnya tersedia dalam dua pilihan juga iaitu 8GB dan 16GB manakala ROM pula 512GB SSD.



Skrin IPS dibawakan hadir dengan saiz 16 inci dengan viewing angle 178 darjah.

Dengan berat 1.74kg dan tebal 18.5mm, ia menjalankan Windows 11 dan dicas melalui kabel USB-C.

Anda berpeluang mendapatkannya pada harga RM1 dengan melawati laman web HUAWEI dan mengikuti langkah ditunjukkan.

Harga rasminya masih belum didedahkan masa ini dan ia mula tersedia di portal HUAWEI pada 27 Julai, 7 petang.

Sumber: Siaran Akhbar HUAWEI