Komputer Riba Tahan Lasak ASUS ExpertBook B9 Dijual Bermula RM6,299 Di Malaysia

ASUS Malaysia hari ini baru sahaja melancarkan ExpertBook B9 yang merupakan sebuah komputer riba premium dengan ciri-ciri tahan lasak. Berlainan dengan siri dari ROG atau ZenBook, ExpertBook ini lebih disasarkan kepada golongan professional dalam reka bentuk nipis dan ringan.

https://youtu.be/Hcw6fv65mmk

Dari segi cip pemprosesan, ia hadir dalam 2 pilihan iaitu Intel i5 atau i7 Gen 10. Bersama-sama dengan itu, grafiknya hanyalah Intel UHD Graphics 620 terbina. Pilihan RAM adalah sehingga 16GB dengan storan dalaman sehingga 2TB berasaskan NVMe SSD.

Komputer riba ini hadir dalam bahan binaan magnesium lithium yang menjadikannya berat bawah 1KG. Ia juga mempunyai piawaian tahan lasak MIL-STD 810G serta papan kekunci yang kalis tumpahan.



Antara penawaran menarik lain adalah ketahanan bateri sehingga 24 jam. Terdapat 2 varian iaitu 33Wh dan juga 66Wh. Untuk 33Wh ia mampu bertahan separuh dari tempoh masa tersebut.



Paparan komputer riba berukuran 14 inci dengan resolusi FHD (1920x1080) dan turut menyokong 100% sRGB. Bezel yang dipertaruhkan juga agak nipis pada ukuran 4mm.

Fungsi tambahan lain adalah sokongan sehingga 4 mikrofon, pembesar suara dari Harman Kardon, dan kamera web dengan sokongan privasi gelongsor.

Dari segi I/O, komputer riba turut mempunyai 2 lubang Thunderbolt 3, tambahan sambungan untuk LAN, serta satu HDMI.

Untuk harga jualan di Malaysia, ASUS memasarkannya bermula RM6,299 dan mencecah RM9,299 untuk model paling berkuasa.

Harga Jualan ASUS ExpertBook B9


B9450F-ABM0278R

  • i7-10510U / 16GB RAM / 2TB SSD / 14"FHD / 66Wh - RM9299


B9450F-ABM0242R

  • i7-10510U / 16GB RAM / 1TB SSD / 14"FHD / 66Wh - RM8599


B9450F-ABM0238T

  • i7-10510U / 16GB RAM / 1TB SSD / 14"FHD / 66Wh - RM8299


B9450F-ABM0285R

  • i5-10210U / 8GB RAM / 512GB SSD /14"FHD / 66Wh - RM6599


B9450F-ABM0284T

  • i5-10210U / 8GB RAM / 512GB SSD / 14"FHD / 33Wh - RM6299


Tarikh Jualan

ExpertBook B9 kini sudah boleh mula dipra-tempah melalui kedai atas talian Lazada dan juga Shopee. Anda juga boleh membeli komputer riba ini melalui pengedar-pengedar yang sah.