Komputer Riba Surface Bakal Diperkenalkan Dalam Warna Hitam

Microsoft telah menghantar jemputan media ke acara rasmi mereka yang dijangkakan akan memperkenalkan siri Surface terbaru. Acara yang akan berlangsung di New York pada 2 Oktober itu akan menaik taraf sistem Surface sedia ada dari segi cip pemprosesan yang terbaru dan memori yang lebih pantas.

mysmartprice mendakwa yang mereka telah mendapatkan beberapa gambar eksklusif untuk peranti terbaru Surface. Komputer riba Surface didakwa akan didatangkan di dalam warna hitam. Surface pada tahun lepas telah ditawarkan dalam warna Biru Kobalt, Burgundy, Emas Grafit dan juga Platinum.



Untuk perkakasan pula, Surface 2 ini akan dipacu oleh cip Intel® Core™ 8th gen (Whiskey Lake), memori RAM LDDR4 dan juga storan SSD. Tidak dipastikan untuk i/o USB Type-C akan hadir untuk Surface 2 ini.

Saiz skrin pula dikatakan akan dikekalkan pada 13.5-inci yang menggunakan paparan PixelSense dan juga menyokong fungsi Surface Pen. Tiada khabar mengenai harga jualan peranti ini namun melihatkan harga jualan untuk Surface pada tahun lepas, pengguna yang berminat boleh menjangkakan harga dalam lingkungan RM 5,000 ke atas.

Sumber: mysmartprice, theverge