Komputer Riba realme Dijangka Akan Dilancar Seawal Jun 2021

Beberapa pengeluar telefon dari China telah memperluaskan portfolio mereka dengan menawarkan komputer riba. Antaranya termasuk, Huawei, Honor, Xiaomi dan yang terbaru adalah realme.

Umum mengetahui, realme telah memperluaskan portfolio mereka sejak tahun lalu dengan menawarkan TV pintar, produk AIoT seperti kamera 360, berus gigi, penimbang, penjejak kecergasan dan sebagainya. Terkini, laporan menyatakan syarikat itu bakal memasuki pasaran komputer riba seawal pertengahan tahun ini.

Berdasarkan ciapan Mukul Sharma di Twitter, komputer riba realme dijangka akan dilancarkan pada Jun 2021. Bagaimanapun, belum diketahui jika komputer riba ini hanya akan dipasarkan untuk pasaran tertentu atau secara global.

https://twitter.com/stufflistings/status/1353705962968805376

Komputer riba ini dijangka akan dihasilkan oleh ODM memandangkan tiada syarikat induk realme yang menghasilkan komputer riba. Ia mungkin akan menjalankan Windows 10 dan dikuasakan pemproses AMD atau Intel.

Dengan realme memasuki pasaran komputer riba, tidak mustahil lebih banyak pengeluar seperti vivo, OPPO dan OnePlus juga akan melancarkan komputer riba pada masa akan datang.

Sumber: GizmoChina