Komputer Riba Professional Dell Latitude Dengan Intel Core Gen-10 Dijual Bermula RM5,249 Di Malaysia

Terkini, Dell Malaysia telah mengumumkan penawaran komputer riba terbaharu mereka yang dijana cip pemprosesan terkini Intel Core Gen-10 vPro untuk pasaran tempatan

Terdapat 2 siri Dell Latitude yang dipasarkan iaitu siri Latitude 9000 dan Latitude 7000. Untuk siri 9000, Dell menawarkan model Latitude 9510 dan Latitude 9410 manakala siri 7000 pula adalah Latitude 74107310, dan 7210.

Latitude 9510 dan Latitude 9410


Siri ini merupakan siri paling premium. Terdapat 2 model yang ditawarkan iaitu Latitude 9510, komputer riba biasa dan Latitude 9410, sebuah 2-in-1.

Spesifikasi

  • Sehingga Intel Gen-10 vPro

  • Intel UHD Graphics terbina

  • 15.6 inci FHD, 100% sRGB

  • RAM sehingga 16GB LPDDR3 2133MHz

  • Storan sehingga 1TB M.2 NVMe SSD

  • Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1

  • Pilihan LTE atau 5G

  • Ketahanan bateri sehingga 34 jam

  • Dimensi berat 1.4kg, 8.23mm nipis


Kedua-duanya menawarkan rekaan aluminium dan juga ketahanan bateri yang lama sehingga 34 jam. Menurut Dell, ia merupakan komputer riba bisnes paling ringan, kecil dan pada masa yang sama bijak.

Dari segi spefikasi, ia dijana oleh cip pemprosesan Intel Gen-10 vPro dengan grafik Intel UHD. Komputer riba ini juga turut menepati piawaian Project Athena dan mempunyai rangkaian Wi-Fi 6.

Dell juga direka dengan rangkaian siap 5G yang bermakna jika liputan 5G mula meluas kelak, komputer riba ini sudah sedia menggunakannya. Untuk harga jualan, Dell Malaysia menjual Latitude 9510 ini pada harga RM7,269 manakala Latitude 9410 pula berharga RM6,879.

 

 


Dell Latitude 7410, 7310, dan 7210


Menurut Dell, Latitude 7410 dan 7310 ini merupakan komputer riba 14 inci dan 13 inci paling premium dalam kategori komputer riba bisnes. Terdapat juga versi 2-in-1 mereka, Latitude 7210 yang direka seperti Microsoft Surface Pro iaitu paparannya boleh dicabutkan.

Spesifikasi

  • Sehingga Intel i7 vPro Gen-10

  • Intel UHD Graphics terbina

  • 14 inci (7410), 13 inci (7310) FHD, 100% sRGB

  • RAM sehingga 32GB DDR4 2666MHz

  • Storan sehingga 1TB M.2 NVMe SSD

  • Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1

  • Pilihan LTE

  • Dimensi berat 1.22kg, 17.55mm nipis


Kesemua model ini juga hadir dengan pilihan sokongan LTE, bersama-sama Wi-Fi 6. Sama seperti 9510 dan 9410, 7310 dan 7410 juga merupakan sebuah komputer riba dengan piawaian Intel Project Athena.

Di Malaysia, ini merupakan harga jualan 7410, 7310, dan 7210:

  • Dell Latitude 7410 - RM5,699

  • Dell Latitude 7310 - RM5,249

  • Dell Latitude 7210 - RM6,769