Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme meowbook wide

Komputer Riba Pertama realme Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mei 4, 2021 oleh Amsyar Latif

realme merupakan salah satu jenama yang sangat pantas mengeluarkan sesebuat telefon pintar. Kini, mereka dilapor sudah bersedia untuk mencuba segmen lain pula bagi mengukuhkan lagi jenama mereka.

Baru-baru ini, realme telah berkongsi borang soal selidik menerusi Google Forms di realme community India.

Komputer Riba Pertama realme Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Melalui soal selidik yang dilakukan itu, realme sebenarnya sedang melihat apa yang dimahukan peminat berkaitan komputer riba pertama mereka.

Apa yang menarik lagi, realme turut bertanya sekiranya peminat mahu membeli komputer riba dalam masa 3 bulan lagi. Bermakna, mungkin ini pertanda bahawa ia bakal dilancarkan dalam tempoh tersebut.

Komputer Riba Pertama realme Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Tambahan lagi, harga yang mungkin diletakkan pada komputer riba tersebut adalah serendah ₹30,000 (~RM1666) sehingga ₹50,000 (~RM2777) dan ke atas.

Sebelum ini, realme pernah mengacah komputer riba ini yang digelar realme MeowBook akan tetapi ia hanyalah sebagai prank sempena April Fool.

Walau bagaimanapun jika ia benar, realme akan turut serta jenama dari China yang lain yang menawarkan komputer riba seperti HONOR, Xiaomi dan juga Huawei.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY