Komputer Riba Jenama Avita Sudah Memasuki Pasaran Malaysia - Harga Bermula Dari RM1799

Pasaran komputer riba tempatan telah menerima satu lagi pesaing baru, Avita, sebuah jenama dari Amerika Syarikat.

Ibarat gabungan fesyen beserta spesifikasi berprestasi baik, Avita membawakan komputer riba  Avita Liber untuk bakal pembeli tempatan.



Didatangkan dalam dua versi layar paparan berukuran 13.3 inci dan satu lagi berukuran 14 inci, kedua-duanya bakal membawakan spesifikasi yang sama seperti dibawah.

  • Skrin IPS FHD (1920 x 1080)

  • Cip pemprosesan Intel Core i7

  • RAM 4GB / 8GB DDR3 1600 MHz

  • Intel HD Graphics

  • Ruang simpanan - 128GB SSD / 256GB SSD / 512GB SSD

  • Port USB 3.0, USB 3.0 Type C, slot kad MikroSD, Mini HDMI

  • Kuasa bateri sehingga 10 jam

  • Warna - AVITA Purple, Angel Blue, Cloud Silver, Champagne Gold, Fragrant Lilac, Matt Black, Pearl White, Princess Pink, Space Grey, Urban Ruby


Harga jualan bermula dari RM 1,799 sehingga RM4,399 dan pilihan warna akan ditambah pada masa akan datang.

Komputer riba ini boleh didapati secara eksklusif di Notebook Pro di Digital Mall, Petaling Jaya, Selangor bermula 10 Februari 2018. Rangkaian AVITA LIBER juga akan dijual di AVITA Pop-up Store di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Februari 2018.

Lebih banyak pembukaan kedai dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2018. Berita dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi dan halaman Facebook AVITA.

Difahamkan juga, bersempena penawaran pada 10 Februari ini, model 13.3 inci akan ditawarkan pada harga serendah RM688 untuk 50 pembeli pertama yang membelinya di lokasi yang disebutkan diatas.