Komputer Riba Gaming ASUS ROG Chimera Diperkenalkan

ASUS telah memperkenalkan komputer riba siri ROG mereka di IFA 2017, Berlin semalam. Diberi nama ROG Chimera sempena nama makhluk mitos Greek.

ASUS mengatakan yang komputer riba ini merupakan yang pertama menggunakan paparan skrin 144 Hz dengan ukuran 17.3 inci. Dengan tindak balas masa 7ms warna kelabu ke kelabu yang menjanjikan pengembaraan visual yang lancar.

Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-7820HK yang mencapai kelajuan jam sebanyak 4.3 GHz dari dalam kotak. Ia berkemampuan memainkan permainan video AAA dengan tetapan maksimum.

Cip pemprosesan digabungkan dengan cip grafik NVIDIA GeForce 1080 dengan kelajuan jam sebanyak 1974 MHz.

Komputer riba ini juga terbina Xbox Wireless di dalamnya dan memudahkan pengguna tanpa perlu membeli penyesuai tambahan.

Sementara itu ASUS masih belum mengeluarkan spesifikasi penuh mengenai komputer riba ini tetapi dijangka akan memberikan spesifikasi tinggi untuk kategori komputer riba. Mereka juga belum mengumumkan tarikh rasmi ROG Chimera ini akan dikeluarkan dan berapa harga yang akan dikenakan untuk memilikinya.

Sumber