Komputer Riba ASUS ROG Kini Dengan Warna Glacier Blue

Zephyrus dan Strix kini dengan warna pilihan Glacier Blue.


ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan pilihan warna terbaru Glacier Blue bagi komputer riba Zephyrus dan Strix. Menurut ASUS, walaupun warna hitam memberikan gaya yang lebih menonjol bagi pengguna tegar komputer riba ROG  serta sesuai bagi persekitaran pengguna profesional, tetapi evolusi warna ini juga adalah penting bagi mengikuti pertumbuhan dan perkembangan peminat ASUS ROG yang semakin meluas.

Warna Glacier Blue ini diilhamkan daripada ciri penyejukan pintar (Intelligent Cooling) yang difokuskan oleh ASUS sepanjang musim ini. Warna kebiruan yang sedap mata memandang ini memberikan nafas baru kepada komputer riba ROG.



Komputer riba ASUS ROG yang diwarnakan dengan warna Glacier Blue  hanya terdapat pada model Zephyrus S GX502, Zephyrus M GU502 serta Strix G G531 dan G731. Model Zephyrus dan Strix ini telah pun diumumkan oleh ASUS ROG dalam bulan April lepas.

Dijangkakan model ASUS ROG Zephyrus dan Strix dengan warna Glacier Blue ini akan dipasarkan dalam tahun ini juga. Contoh model komputer riba terbaru ASUS ROG ini akan dipamerkan di pameran Computex 2019 yang berlangsung di Taipei, Taiwan dari 28 Mei hingga 1 Jun ini.

Berkaitan