Ikuti kami di media sosial

Berita

Komputer Riba Apple Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Paparan OLED

ariff bukhari

Ditulis

pada

Macbook Pro bakal bertambah mahal.

Apple dilaporkan akan mula menggunakan skrin OLED (Organic Light-Emitting Diode)  pada model Macbook Pro pada masa akan datang. Ia pertama kali dilaporkan oleh laman ETNews dari Korea.

Berdasarkan kepada laporan laman itu, Apple didakwa berhutang dengan Samsung kerana tidak membeli sejumlah paparan OLED bagi peranti iPhone sepertimana yang dijanjikan mereka.

Apple sebelum ini dilaporkan telah mengurangkan produksi pengeluaran iPhone sehingga 10% antara bulan Januari hingga Mac tahun ini. Oleh itu, bagi membayar semula hutang tersebut, Apple dikatakan memilih untuk membayar kepada pihak Samsung menerusi tempahan paparan OLED yang akan dipasang pada komputer riba serta tablet keluaran mereka.

Apple pertama kali menggunakan paparan OLED adalah pada peranti Apple Watch pada tahun 2015. Kemudiannya ia disusuli oleh iPhone X pada tahun 2017.

Jadi adalah tidak mengejutkan sekiranya secara perlahan-lahan, Apple mula beralih kepada penggunaan paparan OLED pada produk utama mereka yang lain pada masa akan datang.

Penggunaan paparan OLED akan memberikan kelebihan kepada Macbook Pro serta iPad Pro nanti kerana teknologinya adalah lebih jimat tenaga tetapi memberikan kualiti paparan yang lebih cerah, warna yang lebih terang serta respon yang lebih pantas berbanding paparan LED yang digunakan sekarang.

Juga tidak mengejutkan sekiranya harga Macbook Pro yang kini sedia mahal akan bertambah mahal dari yang dijual sekarang.

Sumber: TechRadar

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular