Komputer Menghampiri Skill Manusia Dalam Mempetakan Otak

Satu pasukan pengkaji WSU untuk pertama kali telah membangunkan satu algoritma yang menyamai cara manusia dalam mempetakan rangkaian neural otak dengan kadar ketetapan yang hampir tepat.

Pencapaian ini boleh mempercepatkan analisa imej yang pengkaji gunakan untuk memahami bagaimana litar otak berfungsi.

Kapsyen: Imej sebelah menunjukkan imeh dari cebisan-cebisan kecil dari tisu otak manakala imej kanan dijanakan oleh komputer dimana setiap warna mewakili neuron yang berbeza


Lebih dari satu generasi, manusia cuba untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap litar otak manusia tetapi terbantut atas sebab kerumitan yang dihadapi. masa yang diambil untuk memetakan otak haiwan yang mempunyai 302 neuron adalah selama 10 tahun.

Bayangkan pula berapa masa yang diambil untuk otak manusia yang mempunyai neuron sebanyak 100 bilion?

Pasukan WSU telah membangunkan model pengiraan yang pertama dalam pertandingan yang dianjurkan oleh MIT pada tahun 2013.

Sumber