Komputer Mac Pertama Dengan Cip ARM Akan Diumumkan Ketika Acara WWDC Nanti

Cip siri A dari Apple adalah antara cip pemprosesan paling berkuasa dalam pasaran peranti pintar dan juga tablet. Disebabkan itu, Apple mahu menggunakan kepakaran mereka dalam pembuatan cip untuk memuatkan cip kustom ini ke dalam barisan komputer Mac mereka.

Menurut Bloomberg, komputer Mac pertama dengan cip ARM ini akan diperkenalkan ketika acara WWDC pada 22 Jun ini. Bukan sahaja Apple dapat meningkatkan lagi prestasi komputer Mac, dengan menggunakan cip jenis ARM, ketahanan bateri juga akan lebih meningkat.

Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar Intel lagi kerana hanya menggunakan perkakas buatan mereka sendiri. Cip yang digunakan Apple ini adalah merupakan cip rekaan kustom 12 teras dan dibina melalui proses 5nm.

Mac pertama dengan cip ARM ini akan dijual pada tahun hadapan. Jadi, dengan mengumumkannya seawal hujung bulan ini, ia akan memberi masa kepada pembangun Mac untuk mempersiapkan aplikasi dan perisian mereka.

Sebelum ini kita mendapat tahu acara WWDC akan mengumumkan versi iOS 14, macOS 10.16, watchOS 7 dan banyak lagi. Dengan laporan sebegini, kita semua boleh menjangka bahawa Apple juga akan turut umumkan perkakas atau peranti selain daripada perisian atau servis mereka.

Sumber: Bloomberg

Beli komputer riba Macbook di:
Lazada: https://invol.co/clovkn
Shopee: https://invol.co/clovkq

 

Berkaitan