Koleksi UT Model Gundam Akan Hadir Di UNIQLO Pada 13 Julai

UNIQLO, peruncit pakaian global Jepun, bakal melancarkan koleksi UT Model Gundam sempena ulang tahun "Gunpla" yang ke-40. "Gunpla" adalah model plastik tiga dimensi dari siri Mobile Suit Gundam yang menjadi kegemaran dari pelbagai generasi.

Koleksi UT Model Gundam menampilkan pelbagai motif model plastik Gundam yang popular dari seluruh francais Mobile Suit Gundamtermasuk RX-78-2 Gundam, Nu Gundam, Zeta Gundam, dan Strike Freedom Gundam.

[embed]https://www.instagram.com/p/CCScHtYh3wH/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]
Koleksi ini akan dikeluarkan dalam pelbagai corak yang menarik. Bersempena dengan itu, pelanggan akan menerima satu Model Plastik Gundam Asli secara percuma bagi setiap pembelian 2 helai baju UT Gundam. Koleksi ini akan mula dijual di kedai-kedai terpilih dan dalam talian pada 13 Julai nanti.