Koleksi UNIQLO Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Boleh Didapatkan Pada Harga RM39.90



Semenjak adaptasi Anime dari "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba" mencetus gelombang fenomena pada tahun 2019, ia kemudian menjadi sensasi global. Dikenali dengan pakaian unik yang diilhamkan oleh gaya Jepun, UNIQLO telah melancarkan koleksi menarik bagi setiap peminat Demon Slayer. Ya, tak lain tak bukan, semalam, UNIQLO Malaysia baru sahaja melancarkan koleksi UNIQLO Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang diinspirasikan oleh siri Demon Slayer.

Latar Belakang UNIQLO


UNIQLO pada awalnya diasaskan pada tahun 1949 sebagai pengeluar pakaian lelaki di bawah nama yang lain; 'Men's Shop OS.' Apabila timbul kesalahfahaman disebabkan lokasi keduanya yang menyediakan pakaian unisex, syarikat tersebut telah membuat penjenamaan semula, maka lahirnya nama besar yang digemari ramai sekarang, UNIQLO.

Walaupun sudah lama diasaskan, hanya beberapa tahun kebelakangan ini jenama tersebut telah berkembang ke seluruh dunia. Malah pada hari ini, pembeli pasti akan dapat menjumpai butik UNIQLO di hampir setiap pusat membeli-belah di Malaysia.

Dengan memiliki perjanjian berlesen, UNIQLO menanganinya dengan penuh kreatif. Sebagai contoh, jenama itu mampu menggabungkan bukan sahaja fesyen dan gambar grafik generik, tetapi menghasilkan pakaian yang sesuai untuk bersantai. Dari kemeja Nintendo hingga kemeja Marvel, gabungan gaya unik dan kolaborasi UNIQLO dengan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menjadikan pakaian yang dihasilkan lebih menarik.


Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba


Pada asalnya dilancarkan sebagai siri manga pada tahun 2016, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba mengisahkan Tanjiro Kamado yang bekerja sebagai Demon Slayer untuk membalas dendam keluarganya dan melindungi adiknya. Setelah keluarganya disembelih oleh iblis dengan kejam, Tanjiro mendapati adik perempuannya telah bertukar menjadi iblis.

Menyedari adiknya yang iblis itu masih menunjukkan emosi seorang manusia, dia mengabdikan hidupnya untuk menjadi pembunuh iblis dengan harapan bahawa pencariannya akan menunjukkan jalan untuk mengubah adiknya kembali menjadi manusia. Siri ini terkenal dengan karya seni yang unik, menampilkan pakaian yang hebat, menjadikannya sesuai untuk kolaborasi kehidupan sebenar.

Peminat siri ini wajib dapatkan koleksi UNIQLO Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang mempunyai pilihan rekaan yang pelbagai.

Koleksi yang mempunyai 8 rekaan yang berbeza ini boleh didapatkan di mana-mana butik UNIQLO di Malaysia. Anda juga boleh dapatkan baju ini pada harga RM39.90 sehelai di laman web rasmi UNIQLO.

Sumber: Teen Vogue & Salty News Network

Baca lagi: Mamba Week – Sambutan Oleh Nike Sempena Ulang Tahun Legasi Kobe Bryant