Koleksi Khas Pakaian Dari Stoned & CO X Asus ROG Kini Ditawarkan

Jenama pakaian tempatan Stoned & Co baru-baru ini telah berkolaborasi dengan jenama gaming terkenal ASUS Republic of Gamers dalam memperkenalkan edisi khas capsule collection sempena produk Asus yang baru dilancarkan iaitu ROG Zephyrus G14.



Koleksi pakaian tersebut menampilkan elemen AniMe Matrix dot Matrix dari Zephyrus G14 yang baru dilancarkan dan ia direka khas oleh Stoned & Co.



Koleksi ROG x Stoned and Co ini mempunyai 3 rekaan kemeja-T, hoodie, bomber jacket serta 2 headband yang hadir dengan warna merah dan hitam.

Bagi peminat jenama Stoned & Co. dan peminat ROG, koleksi ini akan tersedia dia www.stonedandco.com pada 9 september dan akan dijual di kedai rasmi Stoned & Co. bermula 16 September 2020. Harga bagi koleksi ini bermula RM 119 hingga RM 335.