Kolaborasi PUBG Mobile Dengan BLACKPINK Bermula Hari Ini

Pada minggu lepas, peminat seluruh dunia berasa teruja apabila PUBG Mobile mengumumkan kolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BLACKPINK.



Hari ini, PUBG Mobile dengan kolaborasi BLACKPINK boleh dimainkan oleh semua peminat PUBG Mobile.

Bersempena album terbaru blackpink yang akan dilancarkan "The Album" serta kolaborasi dengan PUBG Mobile, ia akan hadir dengan item, visual, muzik lobi dan event bertemakan BLACKPINK.

Pemain boleh menikmati lagu terbaru BLACKPINK, "How You Like That" di lobi permainan bermula 24 September hingga 2 Oktober. Selepas pelancaran album BLACKPINK pada 2 Oktober, pemain juga boleh mendengar lagu terbaru tersebut.

Selain itu, terdapat item dan visual eksklusif berdasarkan stail ikonik BLACKPINK. Ia adalah termasuk logo BLACKPINK di airdrop plane, airdrops yang bertemakan warna dan icon "The Album" termasuk asap berwarna pink. Kesan khas pada menu utama juga berubah.



Tambahan lagi, ahli BLACKPINK iaitu Lisa, Jisoo, Jennie dan Rosé juga mempunyai akaun PUBG Mobile tersendiri. Peminat boleh menghantarkan hadiah eksklusif dan mesej kepada mereka dengan mendapatkan ID mereka di Twitter PUBG Mobile.

https://twitter.com/PUBGMOBILE/status/1307486909913010183?s=20

Bagi peminat yang menghantar hadiah yang banyak mulai hari ini hingga 8 Oktober, peminat akan dapat ganjaran istimewa dari BLACKPINK.



Terdapat juga event yang berlangsung dari 24 September hingga 9 Oktober dimana pemain boleh melengkapkan misi untuk memperoleh support point serta mendapatkan pakaian Panda Suit, set Killer Cadet dan tandatangan BLACKPINK.