Kodak Perkenal Matawang Kripto, KodakCoin

Kodak, sebuah syarikat pengeluar produk pengimejan popular kini dilapor sudah memperkenal matawang kripto untuk jurugambar dikenali sebagai KodakCoin.

Matawang digital tersebut akan digunakan pada platform KODAKone yang baru dibangunkan oleh syarikat dari Amerika Syarikat itu.



Menerusi KODAKone, jurugambar boleh memuat naik gambar mereka, mendaftarkannya serta mendapatkan hak pemilikan untuk hasil imej dan segala bayaran dibuat menggunakan KodakCoin.

Menurut Kodak, dengan pengenalan KodakCoin dan KODAKone, ia mewujudkan ekonomi baru kepada jurugambar dalam menjual serta menerima bayaran pada platform yang lebih selamat. Disamping itu, kedua-dua jurugambar dan agensi mempunyai lebih kuasa dalam menguruskan hak pemilikan gambar.

Kodak turut memperkenalkan mesin pelombong mata wang digital, Kodak KashMiner, yang akan dilesenkan kepada sebuah syarikat, Spotlite.

Difahamkan Spotlite akan menyewakan mesin itu kepada pengguna dalam tempoh 2 tahun. Dalam jangkamasa tersebut, pengguna perlu membayar wang pendahuluan sebanyak $3400, dan hasil lombongan akan dibahagi dua antara penyewa dan syarikat.



 

Berkaitan